Sejarah Lumut, Perak

Lumut yang dahulunya dikenali sebagai "Tanah Merah" telah dibuka oleh seorang anak raja Selangor yang bernama Raja Engku Busu pada abad ke-17.

Selepas beberapa tahun membuka Lumut, baginda serta pengikutnya telah diserang oleh lanun. Dengan demikian, Tanah Merah tinggal terbiar tidak didiami orang. Sungguhpun makam baginda tidak diketahui, tetapi namanya masih tinggal menjadi kenangan, yakni Bukit Engku Busu yang terletaknya di belakang bandar Lumut.